بِسْــــــــــــــــــمِ-اﷲِالرَّحْمَنِ-اارَّحِيم
|| ~~ ~
~ Mungkin kita tiada sesiapa. Mungkin hidup sendiri. Tiada anak, tiada
suami atau tiada isteri. Tapi, kita ada kesihatan yg baik. Allah tidak
juga mencabut rezeki kita hingga kita kebuluran, meminta-minta atau
sebagainya yg mana kekadang org lain melalui kesedihan yg berat
melampaui kehidupan kita.
Itulah kita di saat itu. Mungkin hidup kita yg sendirian tersebut tidak
utk diri kita sendiri. Diri kita yg sihat dan masih bertenaga adalah utk
berkhidmat kepada org lain yg memerlukan. Ayah-ibu, keluarga, anak
yatim, teman atau sbgnya.
Solehah, tidak semestinya dtg apabila
kita menjadi isteri solehah atau tidak menunggu menjadi suami yg soleh.
Ia datang dari segenap sudut semesta alam ini, selagi Allah memberi
peluang merentasi hidup yg ada. Pelbagai cara, Allah bukakan utk kita
mengejar keredhaan-Nya..
Sebenarnya, siapa pun kita ...
kita BOLEH menjadi hamba Allah yg soleh jika kita MAHU
berusaha..Sebaliknya, jika kita sendiri yg tidak mahu datanglah
tulisan amaran berapi di langit pun, ia tidak menghasilkan kesan.
Bukankah hidayah itu perlu dicari?
~ BiLa RaSa SaYaNg PaDa AlLaH MeNiNgKaT ~ ||
No comments:
Post a Comment